Kerap sangat kita mendengar rakan rakan ,saudara kita merungut dengan tempat kerja masing-masing.
Macam-macam rungutan meraka, bos sangat cerewet, bos perangai macam hantu, kawan sekerja macam mak lampir, fenomena tikam belakang, gaji ciputk cukup/ta dan sebagainya.
Sukar mencari tempat kerja dan pekerjaan yang benar-benar sesuai dan perfect....Tetapi kehidupan mesti diteruskan!!! Bayaran Perodua Alza kena bayar,PTPTN kena bayar, ndak makan KFC,nengok wayang GSC dan lain-lain! Kann!!!
Jarang pula kita mendengar kisah mengapa seseorang itu masih bekerja di satu syarikat meskipun ada pelbagai halangan termasuklah gaji yang rendah dan seakan tak berbaloi dengan kelulusan yang ada.
Walaubagaimanapun, mereka tetap kerja di situ.Tidak lompat pun ke tempat kerja lain pun. Kenapa dan mengapa? Seorang netizen berkongsi satu input yang rasional dan memberi inspirasi.
Seolah membangkitkan semangat segar buat mereka yang sudah lama membungkam dan sedih dengan pekerjaan masing-masing.
Jom baca apa yang netizen tersebut kongsikan!
Ada kata-kata yang menarik daripada netizen dengan nickname Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan...
"Kita semua ada sebab dan style masing-masing dalam bekerja. Yang penting kita gembira. Sebab gembira ini tak boleh beli dan statistik bunuh diri di Malaysia kerana tekanan hidup semakin tinggi."
Kenalah jadikan tempat kerja sebagai sesuatu tempat yang mengggembirakan aka happening. Sebagai contoh buat pertandingan sesama rakan sekerja,bersihkan pejabat, makan beramai-ramai semasa rehat dan sebagainya.
Ini pula tanggapan beberapa netizen lain. Mereka turut berkongsi kisah bagaimana bertahan dengan suasana bekerja yang gajinya sangat kecil.
No comments:
Post a Comment