Hmmm... kerana pulut santan ,kerana typo badan binasa
Seorang wanita menerima padah di media sosial apabila memuat naik status kontroversi panas di twitter sehingga menjadi tular dan bualan ramai netizen yang dikenali sebagai Lala.
"Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bog*l!,” tulis wanita itu di laman Twitter miliknya.
Jeng Jeng Jeng!
Dah jadi cerita!, pasukan polo Malaysia berjaya mengalahkan Brunei 12-4 dalam acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) .
Namun bagaimanapun, status yang telah dibuat oleh gadis berusia 23 tahun tersebut telah dipadamkan setelah didesak oleh orang ramai yang mendesak gadis itu melakukan janji tersebut.
Setelah dihubungi oleh mStar Online, Lala atau nama sebenarnya Nurul Adilla Abd Rahim menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan mesra tanpa berniat untuk melakukannya.
"Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bog*l’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bog*l pun"
"Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya kepada mStar Online.
"Saya akui perkataan ‘bog*l’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.
Itulah akibatnya sesuka hati menaip di alam maya tanpa fikirkan kesannya sampai dituntut satu Malaya untuk berbog*l . Semoga cerita ini menjadi iktibar untuk kita lebih berhati-hati menaip di laman sosial pada masa depan.
Laki straight sila shared!
Laki straight sila shared!
No comments:
Post a Comment