Recent

LightBlog

Tuesday, August 15, 2017

"Aku Gantung Anak Kau Hidup-Hidup!"-Hanya Kerana Suami Tak Jawab Panggilan Telefon

Ibu sendiri pun tidak melindungi anak sendiri , jadi siapa yang boleh diharapkan?

Malang betul nasib bayi ini apabila ibu sendiri bertindak kejam mencekik dan menggantungnya di leher. Kejadian tersebut yang berlaku di Bangkok telah menjadi viral apabila laman Facebook Social Hunter telah memuat naik rakaman tersebut baru-baru ini.




Di dalam video tersebut yang berdurasi selama 1 minit 8 itu jelas kelihatan wanita tersebut sedang marah dan terdengar tangisan anaknya di belakang. 

"Kalau kau tak ambil anak ini atau tak jawap panggilan aku, aku akan bunuh dia. Dia hidup lagi pun sebab aku benarkan dia hidup!" 

 Nampak marah benar ibunya..








Beberapa saat kemudiannya dia datang dan mengikat anaknya dengan kasar menggunakan tali yang diikat di lehernya.

Hanya kerana disebabkan si suami tidak menjawab langsung panggilan darinya!

Ramai yang menonton video ini telah mengutuk perbuatannya kejam ibu tersebut dan bertindak mengecamnya.




Menurut laporan Bangkok Post, desakan hidup dan tekanan jiwa yang dialami kerana mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain mungkin menjadi faktor utama dia bertindak sedemikian.

Namun walau apa pun alasannya, tindakannnya membahayakan anak sendiri adalah tidak patut dan salah sama sekali kerana membahayakan nyawa darah daging sendiri. 





No comments:

Post a Comment